BLOGGER TEMPLATES Memes

Tuesday 8 January 2013

Dibalik kekecewaan disitulah harapan
Dibalik kesedihan disitulah ketenangan
Dibalik kepahitan disitulah kemanisan
Dibalik kekesalan disitulah keinsafan
Dibalik kekhilafan disitulah pengajaran
Disbalik kebencian disitulah kasih sayang
Dibalik kepalsuan disitulah kebenaran
Dibalik ketidak sempurnaan disitulah permulaan
Dan "Disbalik" itulah segala bentuk ujian keSABARan.

Ya ALLAH, penuhi la jiwa ini dengan kesabaran yang tidak bertepi...
Berdoa dan mengadu pada mu dengan penuh harapan...
Agar dipertemukan aku semula dengan insan yang sangat aku sayangi...
Amin......

Tuesday 1 January 2013

Dah masuk tahun baru...2013.
Tak ada apa2 yang istimewa.
Sama macam hari2 biasa.
Cuma kelmarin ikut kakak saya keSetiawangsa, melihat secara dekat kesan tanah runtuh.
Menakutkan bila kita lihat dengan mata kita sendiri.
Retakan dari dinding2 bukit jelas kelihatan, menunggu rebah saja lagi.
Ramai la anggota2 keselamatan bertugas.
Kemudian kami ke Ikea, jamu2 mata.
Dan lunch diPJ, kedai mamak nasi daun pisang.
Lepas tu balek keKeramat.
Sembahyang asar dan balek keShah Alam.
Malam pukul 10.30, ikut anak2 saudara keluar, pergi MacD, konon nak sambut tahun baru ditepi padang.
Puas pusing, parking penuh.
Sudahnya balek rumah, dan tengok tv saja.
Selamat tahun baru....




Friday 21 December 2012

♥♥ BILA PEREMPUAN MENANGIS ♥♥

Lelaki...pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki?
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?
Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana minta kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika perempuanmenangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.
Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”
Lelaki...kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan.
Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dia lah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat.
Lelaki... kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.
Kerana anda akan merosakkan hidup dia.
Lelaki...jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.
Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...
Tidak mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, juga bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Monday 17 December 2012

Tadi saya berbalah dengan dia....
Perbuatan dia menaikan amarah saya.
Kerana dia hidup saya tersiksa, kerana dia saya terinaya, kerana dia jugak lah hidup saya tidak bermakna.
Jiwa saya kosong...

Wednesday 28 November 2012

Makin cuba melupakan...
Makin terseksa dirasa...

Monday 19 November 2012

Tiap kali teringat dia
Tiap kali teringat kata-kata nya
Tiap kali teringat janji-janji nya
Tiap kali itu lah hati ini bagai dihiris
Terasa kata-kata nya ibarat racun
Janji-janji nya ibarat duri
Aku ibarat mati tapi tidak berkubur...

Saturday 17 November 2012

Kenapa hari ni terasa rindu sangat pada dia?
Tahu kah dia seksa nya saya untuk hadapi semua ini?
Behind my smile is a story, you will never understand.
And can never understand...